"Mak, kalau asta nak kahwin next year.... boleh.. ?"
"Haaaaa..! Next year?? Dah buat solat Istikharah belum?"
*sengih sengih* (dalam kata lain belum tapi mampu tersenyum je)
"Fahmi dah ada duit ke? Mak dia kerja apa? Bapak dia kerja apa? Fahmi solat subuh berjemaah tak? Fahmi solat cukup 5 waktu tak? Fahmi mengaji tak?"
(semua soalan yang ditanya, diselangi dengan jawapan dari aku dan disambung dengan soalan seterusnya)
"Nak kahwin boleh.. tapi diri sendiri tu betul ke da sedia.. Buat Solat Istikharah dulu.. Rajin rajin la masuk dapur masak itu ini.. Dah pandai kemas bilik, kemas baju belum.. Nanti dah kahwin kena basuh baju suami sekali, bukan baju sendiri je.. Kena iron baju suami sekali.. Masak untuk suami.. Takde mak dah nak masak kan.."
"Asta tau kan mak suka kalau bakal menantu solat subuh dan isyak berjemaah di surau.. Pandai mengaji at least kalau tak pandai hafazan pun.. Penampilan tak nak rugged rugged.."
"Ingat..dalam Islam takde istilah dating dating ye.."
YEA, ITU DIA CERAMAH HARI INI :)
p/s : kofkofkof. sila ambil PERHATIAN pada perkataan BOLD. kofkofkof.
fuiyooo. mak xmau rugged2 tawww! pakai cap je takpe kan mak? hahahah :D
ReplyDelete