Thursday, January 26, 2012

Gaji? Kaya sekejap

Thank God It's Friday is TGIF. Kalau aku nak bersyukur esok Sabtu camne? Thank God It's Saturday or TGIS! Simple. Ye tasha, pathetic. Sendiri tanya soalan bodoh sendiri jawab -__-

Kenapa nak besyukur esok Sabtu pulak? Sebab esok 28hb. Sebab esok gaji masuk :D Sebab esok gaji masuk awal awal pagi :D Hihihi. It's my second month receiving salary here in IBM. Syukur Alhamdulillah.. and then tinggal bulan February sahaja sebelum contract 3 bulan aku tamat. 3 bulan je oh, sekejap gila. AL pun tak habes guna lagi, siap tambah Replacement Leave (RL) sebab kerja on CNY aritu hehe! Nak kena bazirkan cuti cuti yang ada ni sebelum renew contract sebab cuti takleh carry forward huhu. So nak apply cuti kena pilih tarikh yang best supaya boleh bercuti dengan happily ever afterrrr.

Oi nak cerita gaji je pun! Gebang.

Anyways, gaji memey la dapat esok, tapi seperti biasa, 'kaya' tu sekejap sahaja. Sebab almost half of my salary kene set aside for marriage savings hihi :') lg half tu bayar itu ini, bagi mak abah, bagi adik adik, servis bebi viva forever, dental appointment, sumbat makanan dalam perut sendiri and perut fahmi (sebab every month ktorang dua pergi makan besar muahahah *gelak gaya bongkak gila*) and many others. Jangan lupa bersedekah.

Alah problem ni bukan aku sorang je hadapi. Korang pun rasa jugak. Sedappp je pegang duit banyak banyak, tapi kejap je kan? Takpe, BERSYUKUR guys! :)

I'm sooo David Beckham!

"How can you have such an European name?"

"Haha I don't know.. My sister's name is Nadia." -Asta ni vongok tak menjawab soalan tiba tiba keluar nama kakak kau

"Nadia is okay la, normal.. Your name haa.. Very.. European.."

"Hahaha.. My dad even wanted to put my name as Natalie at first" -Asta punya gebang memang hebat, hey but it's true ya knowww

"Natalie?? Gosh."

*giggles*


FINE. Memey la muka aku melayu tulen hidung kembang mata tak berapa nak besar tak kecik juga. "-__-

Wednesday, January 25, 2012

Happy Australia Day!

And so, I've been expecting less calls/no calls at all for today since it's a Public Holiday in Australia. But my account here in Regional Contact Center (RCC) IBM supported customers from Asia Pacific Countries (APAC). Which means, by right, I shall be receiving calls from Singapore or India or Indonesia today. Tapi takda pun? Jadi mari kita berblogging haha.

Most calls that I answered in a day would be mainly calls from Australia. Now you know lah accent dorang camne kan? Dengan BI yang mereka hebat nak dibandingkan BI Band 4 MUET aku, kelajuan dorang bercakap pun macam Bullet Train dah aku dengar. Mula mula kena jawab calls from Australia ni memang nervous lah, tipu tak nervous. Entah sapa pulak cakap ko tipu kan tash? Anyway, lama lama Im getting used to it. Ala bila kita buat apa apa pun, mula mula gelabah labah labah, lama lama sambil update Twitter pun boleh handle Australians ni. Eceh gebang. Exaggerate sangat dah ni.

I've learnt new things with these Australians. Dorang okay tau bila cakap elok elok tu, omg baik sopan je. Sebab dorang Business customers kan. Nak minta tolong dengan helpdesk macam aku ni, cakap baik baik please.

"Sir, may I have you first name and surname please..?" -Asta bernada ceria sambil senyum

"Sure, my name is %*&# and the surname is #@%^@$." -Customer yang cakap laju and mumble thus aku tak dapat catch up apa nama kau ni oi.

"Sir, I am sorry.. Would you mind spelling out your name for me please..?" -Asta tahap kesabaran tinggi

"Certainly. My name is D for Delta, A for Alpha, V for Victor, I for India, D for Delta and my surname is B for Bravo, E for Echo, C for Charlie, K for Kilo, H for Hotel, A for Alpha and M for Mike. It's David Beckham." -User spelling out his name patiently

"Thank you David. OMGEEEE ARE YOU THE REAL DAVID BECKHAM YANG HENSEM GILAK TUUU??!" - Pfftt. Rekaan semata mata. Beck is not even in Australia, silly.

Contoh je la conversation kat atas ni.. They won't be mad kalau kita as helpdesk ni guna the right words, the right manner, the right tone to ask for their favour. Kadang kadang aku boleh gelak gelak dengan customer ni bila aku mintak IBM number dorang ke, then dorang kena cari ke, mesti ada yang buat lawak. Then I was like, "Hebat kau Asta bergelak tawa dengan mat saleh!" Eleh kecoh. Takde apa pun. Bukan cam Jozan buat lawak.

Bila aku nak create an incident ticket for the user, mesti aku tanya :

"Thank you David Beckham hensem for providing me all the details. Do you mind if I place you on hold for a couple of minutes for me to create an incident ticket for you David?" -Asta

"Sure! Not a problem." -David baik tak kesah tunggu on hold hihi

As I said just now, with the right manner, words and tone, the customers will be just fine. Dorang orang bekerja, then call helpdesk IBM and the conversations are recorded, nak maki aku maki la! Jaga kauuu. Haha! Bukan, maksud aku, yeah, dorang bekerja, kita bekerja so we understand each other. How manis!

With these Australians, at the end of the conversation, they love to say 'Cheers!' I was like "Eh sorry I dont drink and drive" Hahahah! No la, it's in their daily conversation, saying 'Cheers' to end up the conversation. They are just being friendly :') They even ask "Hi Natasha, how are you today?" and I'll say "I'm doing great! Thank you for asking. How about you?" at the beginning of the conversation. Yeah, I love their friendliness! I wish I can apply that in my daily life as well :D

No watch? Pathetic.

It has been few months since I dont wear any watch on my right hand. Kesian gilaaa, kahwin nak, pungpang sana sini, tapi nak own a watch sendiri TIDAK T.T

You see, bukan aku tak nak beli jam tangan. Like, I alwayssss wear a jam okay dulu. Mainly from Swatch brand. Eceh padahal ada 2 je jam Swatch dulu. Gebang punya Tasha. First time I own a Swatch as a birthday gift from Abah. He bought it in Swiss. Wooohooo cantik sangat! Sadly, no picca huhu. Andddd, kenapa dah takda? Sebab tali dia rosak and putus sebab tali jam tu cam getah tau tak? Mesti tak tau. Boooooo you! Kau da kenapa Tasha kerek ni? Ok continue.

Second time was on my birthday as well. Tapi beli sendiri dengan Mak kat Swatch KLCC. Abah bagi duit pergi beli nak beli apa kau amik. Pastila terus terjah Swatch! A silver watch with flowers and squirls craft on it. Haaa lepas tu tau kenapa rosak? Aku yang bijak pandai telah memakai jam tersebut dan TAK BUKAK lantas masuk air berklorin tinggi di Sunway Lagoon. Kejadian ini telah menyebabkan jarum jam dan setiap nombor telah menjadi karat in no time setelah diserang oleh air berklorin. Hebat Tasha Hebat. *tap on own shoulder* "-___-

Okay lepas frust dengan kebodohan diri sendiri, pergi pujuk diri beli jam Vincci pulak. Nak silver jugak tu, taknak kalah. Mungkin jiwa aku da sebati dengan warna silver? Mungkin theme wedding aku adalah silver? Ok ini sudah lari tajuk. Mari kembali.

So beli lah jam rm30 Vincci. Sebab apa beli murah? Sebab miskin.. Tak cukup duit nak own a Swatch time belajar. Fine. Jam ni rosak sebab adik sedara tersayang telah membengkok kan jam tersebut lantas (kali kedua aku guna 'lantas' dalam post ni) tak boleh bend untuk cengkam pergelangan tangan dah. Pathetic.

So yeah, sampai sekarang I wear no watch baby. Kesian, terkapai kapai tak tahu pukul berapa sekarang. Pergelangan tangan kanan kosong je. Dulu time pakai jam ada jugak kesan sunburn kat pergelangan tu bila bukak jam. Kini tidak lagi. (baca dengan nada iklan dulu gemuk, kini kurus). Tangan kiri ada lah pakai gelang pink yang mak belanja time raya hari tu. Jari manis kiri kanan dah bersarung. Eh apakah ini. Sudah lari topik sekali lagi.

Hopefully in March, I can own a Swatch again. Tak nak bagi rosak, tak nak bagi calar balar, tak nak bagi putus, taknak rendam dalam air klorin lagi. Semoga I can get back my sunburn bekas pakai jam haha! (kau dah macam apa tasha tunggang langgang bm-bi)




p/s : nak minta hantaran Jam Tangan Gucci dari bakal suami. Jam Guess taknak, nampak macam tiruan Uptown. Gucci sahaja. Ambil serius please.

Tuesday, January 24, 2012

#7 : Route to Getting Married

" Abah, nanti kalau Asta kahwin, nak kena buat private reception cam Nia dulu ke? I agreed with the private reception concept, but maybe boleh buat up to 500 guests ke..? " -Asta

" Boleh juga, private reception makan berhidang lah with all the domes. Kalau nak buat buffet tu pun boleh juga sebenarnya, tapi guests come and go lah. Takde lah semua guests duduk sekali, eat together, take picture together then everybody goes home at the same time. Or maybe, your wedding can be done in only 1 reception. Make it in a big hall/ballroom where both families can gather and get to know each other. Mungkin dapat saving in term of 1 reception only, but it may costs higher sebab semua buat in 1 shot kan. I like the concept of maybe the emcee can introduce the family members. For example, "Here's the bride's mother, Puan Norlida Ismail and the bride's father, Encik Roslan Abdullah Arshah" then both of you salam Mak Abah. And the list goes on till uncle aunty, mana yang boleh salam, mana yang tak boleh salam. The other guests can see that this is actually something new, never been done in other weddings right. In a way, other guests can also get to know who is who.." -Abah

#6 : Route to Getting Married

" Haaaa kita pergi holiday kat Melaka la best jugak! Boleh lawat family bakal menantu..Hihi " -Nia

" Takpayah berangan. " -Mak nada selamba

*giggles* -Astaa

Terujaaa Terujaaa (nyanyi gaya Ella)

Yes, (tiba tiba jawab Yes ada orang tanya soalan ke?) I've been posting a lot of posts on Route to Getting Married recently. Sekejap aku eksaited sendiri, sekejap mak eksaited, kejap mak bagi nasihat, kejap aku nervous. Ah kau Tasha tak payah macam macam sangat la.

Maybe the excitement is getting there..bit by bit. Nia, Naim, Nazif, Abang Im kau takpayah risau la dorang suke je aku nak kahwin, tolong eksaited sekali ade la. Ciwah lagi takde hal, sekarang hal dia adalah gatal gusi lantas (karangan BM SPM) menggigit jari Mummy, Papa & Abah. Dorang takde masalah apa apa pun, chillax sahaja! (aku tak suke gune chillax ni sebenanrnye, urban sgt. sigh. aku kampung)

Whilst (ahlahmakk karangan BI SPM) Mak and Abah, they've got the idea and acknowledge (another BI essay) that their lovelyyy daughter (lempang) wants to get married.. around next year perhaps. Amin!

So from time to time, memang ada la terselit sikit sikit hal kahwin dalam daily conversation kitorang. Kadang kadang tu aku post terus dialog perkahwinan ni, senang sikit. :p


Tuhan, permudahkan lah segalanya.. Amin..

#5 : Route to getting married

Pergi wedding Kak Siti dengan Mak, Nia and Baby Ciwah on last Sunday.

Mak suka dengan pelbagai jenis lauk yang dihidangkan dan juga dessert yang sangattt best dan banyak! Air bukan sirap biasa (bagaikan lagu Siti Bukan Cinta Biasaa), malahan air sirap limau yang direfill oleh para pelayan even air baru tinggal setengah jug! (pelayan dia kejap kejap datang nak angkat pinggan, kejap kejap check air basuh tangan ada ke tak, kejap lagi datang pulak refill air sirap limau sedap half jug).

Antara lauk yang ada is Gulai Daging Rebung, Kerabu Mangga dan Ikan Bilis, Ayam Goreng Berempah, Assorted Vegetables Stir Fried (ada brocoli, kacang pis, carrot semua sedap!), Rendang Daging dipotong kecil, Ulaman dan SAMBAL BELACAN YANG UMPPPHHH! wa kecek sama luuuuu~

For desserts, we had Cendol 1 cawan plastik besar yang sejukkkk, chilling and sedap lemak manis! Ada buah tembikai, buah oren, kek gula hangus, puding apa entah warna coklat atas-kuning kat bawah and kuih apa entah yang dalam bekas kotak kecik daun pandan then bawah hijau cair-atas putih tapi dalam hijau tu ada sengkuang cina (panjang sangat ko describe kuih ni tasha). Semua best best lazat!

Lalu mak pun meminta Business Card dari salah seorang pelayan caterer di sana.
*gasp!*



Sekarang Mak aku dah excited sendiri ke nak organize wedding for her 2nd daughter T.T

#4 : Route to getting married

"Mak, cincin Poh Kong ke, cincin Habib Jewels ke, mahal kan?" -Asta

"Memang laa mahal.. Cincin Sri Pinang maybe murah sikit.." -Nia

"Cincin Sinma rm12 ada.." -Mak jawab dengan selamba

"Ok mak, so esok asta da boleh kahwin ye..." -Asta dengan nada frust T.T

#3 : Route to getting married

"Mak, kalau asta nak kahwin next year.... boleh.. ?"

"Haaaaa..! Next year?? Dah buat solat Istikharah belum?"

*sengih sengih* (dalam kata lain belum tapi mampu tersenyum je)

"Fahmi dah ada duit ke? Mak dia kerja apa? Bapak dia kerja apa? Fahmi solat subuh berjemaah tak? Fahmi solat cukup 5 waktu tak? Fahmi mengaji tak?"

(semua soalan yang ditanya, diselangi dengan jawapan dari aku dan disambung dengan soalan seterusnya)

"Nak kahwin boleh.. tapi diri sendiri tu betul ke da sedia.. Buat Solat Istikharah dulu.. Rajin rajin la masuk dapur masak itu ini.. Dah pandai kemas bilik, kemas baju belum.. Nanti dah kahwin kena basuh baju suami sekali, bukan baju sendiri je.. Kena iron baju suami sekali.. Masak untuk suami.. Takde mak dah nak masak kan.."

"Asta tau kan mak suka kalau bakal menantu solat subuh dan isyak berjemaah di surau.. Pandai mengaji at least kalau tak pandai hafazan pun.. Penampilan tak nak rugged rugged.."

"Ingat..dalam Islam takde istilah dating dating ye.."


YEA, ITU DIA CERAMAH HARI INI :)


p/s : kofkofkof. sila ambil PERHATIAN pada perkataan BOLD. kofkofkof.

Thursday, January 19, 2012

Wawasan di hatiku.

Tajuk macam nak 'TV9 Di hatiku..'. Haha!

Kinda miss Wawasan lately.. The people (Wawasanians), the activites and programs that are truly havoc, crazy, filled with a lot of fun yet giving much information and advices, camwhoringggg (like A LOT), gossipping!, bahan-ing (perkara wajib) and much moreee!

I never feel bored with them.. They are a part of me while my study years in Uniten. Now that I'm working, I still want to know their update on upcoming programmes or any makan-makan-lepak-bahan program. They never fail to make me laugh out loud, like 'Ha kau, keluar gelak jantan aku' HAHAHA!

During my study years, I hardly go home on weekends, just to join every Wawasan programme. I don't think I ever skip the programmes.. Serius, kalau aku terskip 1 program, rasa menyesal and frust gila kot. Like, "Alaaaa apa gossip kali ini yang aku terlepaaasss" @_@ or "Nanti budak budak ni upload gambar program kat facebook muka aku takda!" You know. I just want to be there, tho I'm not the committee of the programme.

It is called as bonding. Family bonding. They are my family in Uniten. Just being there with them tho I have no job to be done, but the with strong spirit and bonding, sedikit sebanyak has lighten up their emotions because they know, there are people that always be there for them, supporting them and the programmes :)

The love is always there with Wawasan.. As I had a rough time during my last day holding a High Committee position in Wawasan Session 10/11. Kat Twitter, kat Facebook semua aku canang cerita pasal how sad I am on that very last day.. It's hard.. But that's life. Yeah, sampai bila nak pegang jawatan tak nak turun turun kan, haha! I do need to step down, give others their chances to show their hidden talent, leadership and communication skill.. =)

My one and always.. Kelab Wawasan <3

Tuesday, January 17, 2012

#2 : Route to getting married


  • Usha websites pasal dewan untuk majlis perkahwinan

  • Usha websites baju pengantin muslimah

  • Usha door gifts apa nak bagi tetamu

  • Usha colour theme apa nak digunakan

  • Usha hotels/dewan/bungalows untuk Private Wedding Party for close friends

Eh banyak plak aku usha websites kat office ni.


"Goyang kaki ke Tash?"


"makan gaji buta ke Tash?"


Haha! Takdela aku usha sume in 1 day.. Ni semua lepas di compilekan dapat la hasil homework aku hehe..


So yeah, macam nak nikah kat Masjid Besi Putrajaya then terus jamuan kat Dewan Makan kat sana je. Senang. Aku pun tak serabut. Mak Abah lagi suka sebab tak pi mai kan. Dulu Nia nikah kat Masjid Wilayah then teus kenduri kat Dewan Makan. So aku tiru jela concept dia haha!


Eh mind you people (ada ke orang baca blog aku? pedulikk), the reception on my side (the bride side eh nervous dah tetibe haha) will be a Private Wedding Function.. Akan ada RSVP okay, tak main la RSVP kat FB. Siapa yang Maybe Attending tu aku assume tak attend terus haha kejam. Around 200-500 guests sahaja yang akan di invite dan diberi kad jemputan.


Yang pasti, on the groom's side, SEMUAAAA boleh datang punya takdehal ;p InsyaAllah la bakal suami orang Melaka hihihi nak gedik sikit so datang lerrr melakeee yeee ha kan da keluar slang melaka aku kahkah!


Ala korang cam taktahu aku suke berangan. These are just rough ideas.. :)

CNY hols!

Hols lah sangat.


I'm going to WORK on 23rd Jan (Monday) from 0700-1700 ya'll !

(yes 10 hours, meaning OT sejam, meaning $$$)


So tak dapat la aku melepet tengok tv kat rumah sambil dengar orang orang cina menyanyi nyanyi gembira dengan sambutan raya mereka sambil mulut aku mengunyah limau.


TAPIII.


on 24th Jan (Tuesday) i'll be on PH (Public Hols) yeayyy!

*bayangkan bunga api meletop letop*


So,


aku nak buat apa wey cuti on weekdays ni? Tak reti aku nak manfaatkan.


Patutnya reti bazirkan masa tu, tapi semenjak kerja gigih(?) lately ni, then tiba tiba dapat cuti, aku blur. Huh. Kesiaaaannn.

#1 : Route to getting married

Call bakal father-in-law wish 'Happy Birthday Pakcik!' dengan nada ceria dan mempesona.

Pastu tersipu sipu termerah pipi sorang sorang bila bakal father-in-law tanya 'Bila nak datang Melaka nii ?' :)

Pastu bertambah segan malu kucing bila The Other Half cakap 'Welcome to my family..' ;p




Okay dah bole plan nak amik katering untuk kenduri dah.

Monday, January 16, 2012

Traffic Jam.

.. is everywhere maaaaan. Gosh, they give me headache! And a lot of sinful words coming out from the mouth due to unresponsible drivers who drive like 'AAK-ni-jalan-mak-bapak-aku-punya-kot' kind of attitude or drivers who drive sloooooowwwwwlyyyy like they are in the race of rabbit and snail, or drivers who texting/facebooking/tweeting while driving.

Korang ni tak lambat ke nak pegi kerja? Okay, korang masuk pukul 10am kooott. TAPI TAYAHLA KUA UMAH AWAL AWAL THEN DRIVE REAL SLOOOOWWW "-___-

Rambut aku boleh beruban di usia muda or rambut makin gugur or muka nampak cepat tua sebab asyik emo dengan pemandu pemandu yang lembab ni. Serious buat mood pagi aku terusik. Eceh terusik haha!

I'm a P lady driver, driving Viva Elite 1.0 pun boleh sampai sama cepat dengan rabbit.

Thursday, January 12, 2012

Fridy the 13th.

Haaa takut tak takut tak? Hahaha. Jangan percaya weh benda benda lagha niii.. takde apa pun terjadi on Friday the 13th. Aku je suka suka perasan takut sendiri bila hari Jumaat and tarikh nya adalah 13hb bulan apa apa lah. Hihi.

As for us Muslims, Friday adalah penghulu segala hari.. Hari yang disarankan buat banyak banyak amalan sunat seperti potong kuku (blah kiri dah blah kanan belum. nampak sangat buat kerja separuh jalan lepas tu update blog :p) , memakai wangi wangian (sembur perfume Jessica Simpson merata badan tadi LOL) , bersedekah (errr belum?) dan macam macam lagi la. Daripada dok percaya Friday the 13th konon nya ada perkara perkara misteri or berkaitan dengan hantu yang akan terjadi, baik lah kita buat perkara perkara yang dapat pahala :)

Since it's Friday, aku prefer pakai jubah je ke office. Nampak macam nak bagi khutbah jumaat pulak bila pakai jubah ni haha! Badan aku besar kan, pakai jubah hitam and shawl hitam, nampak kuruiihhh sikit. Kat mana yang nampak kurus pun aku tak tau la.

I always LOOOVVEEE Friday! Sebab aku tau Sabtu and Ahad is approaching.. Sama ada aku akan spend the weekend just hanging out at home or pergi jalan jalan bazir masa or pergi dating or duduk dalam bilik diam diam kemas bilik sambil dengar lagu or pergi kenduri kahwin or pergi kahwin(?) dan macam macam lagi la. Senang cerita, weekends are the days where I dont need to drive to Cyber yeayy!

So guys, what's your plan for this upcoming weekend? As for me.. I have few. Tapi tak tahu nak pergi yang mana satu. Kesiannn busy sangat dengan pack schedule sampai tak tahu nak pergi mana haha! But anyways, I still prefer spending the weekend at home and have a rest.. CUMA AKU NI TAK RETI DUDUK DIAM KAT UMA. :p

Happy Safe Weekend! :)

Wednesday, January 11, 2012

New Workplace

Hello there!

Semenjak menjak dah berpindah ke tempat kerja baru yang sangat sangat lah di restrict kan dari mengaccess(?) other websites yang tak berkaitan dengan kerja ni, aku dah laaaaamaaaa (baca : lama sangat) tak update blog, tak on FB, tak on Twitter. How sad. Aku rasa sangat pathetic okayyy kerja dalam bidang IT tapi tak berupdate dah dengan things on the internet. How saaadd.

Well now I'm back! :D Selepas sebulan 2 minggu kerja sini, dah jadi otai sikit (muntah) so boleh la aku curi curi online.. Tu pun setakat baca blog blog orang lain (sebab sendiri malas update kan) and blog Fahmi tersayang juga hiksss (gedik) (lempang). Tapi pun belum sampai tahap aku nak ber FB or ber Twitter la kat office ni. Nak jaga KPI katanya. Padahal dah 2 kali login after 9am T_T

Well, now I'm working at IBM RCC Cyberjaya u olsss! Nak kerja hebat je, kat Cyber je. Kata IT. Eh apsal aku riak sangat ni pun tak tahulah. IT je pun. Okay meh aku explain untuk yang tak tahu apa itu RCC. RCC stands for Regional Contact Center.. So as the name represents, customer yang aku layan kat sini (bunyi dah macam pe**cu* plak main layan layan) are from Asia Pacifics countries like Singapore, India, Korea, Australia, Indonesia and as well as Malaysia tanah tumpah darahku. :)

Berspeaking London everyday ya'll, tak mudah mana sangat, yet tak susah mana pun. Nasib Mak Abah dah beri didikan sempurna dari kecil sampai sekarang kalau aku gaduh dengan Fahmi tu terus bajet gaduh mat saleh, semua bahasa melayu terus di alih bahasa jadi bahasa inggeris :p Terus nak maki rasa laju je mulut haha! Ampun Fahmi :p

Kat sini environment sangat berlainan dengan office lama. Kat sini yang duduk kat sebelah kanan workstation aku is a guy from Philipines, depan aku is a Malay lady and an Indian guy, belah kiri aku is a Jawa girl, belakang aku are an Indian guy and also another guy from Philipines. Setiap kali lunch kat pantry bawah ni mula la nampak macam macam lagi orang.. from Thailand ada, from Japan ada. Once in a while ada lah nampak mat saleh or minah salleh.. Hehe. So yeah, aku tak shock dengan environment sebegini.. Maybe sebab belajar kat Uniten pun dah biasa nampak bangsa asing kan.. Aku more to AMAZED sebab eh hebat gila aku kerja IBM dapat kenal macam macam orang. Improve English aku sangat sangat! (this is true story mannn). Tapi dah kalau dorang cakap English laju sangat, aku terdiam la seketika.. Paham tu memang paham, nak response tu senyum senyum lah jugak kan haha!

Workstation sini memang lagi besar.. Meja bentuk V so kalau aku duduk ke dalam sikit laaa. Eh camne tah aku nak explain, gambar malas tangkap kan hehe.

Eh gtg. Ada team hurdle! :)

Assalamualaikum.